Thursday, March 29, 2012

23 MARCH 2012

Jumaat itu, hari aku bermula seperti kelazimannya . aku bangun dan bersiap ke kelas HALAL . usai kelas jam 11.30 am , tapi perut pulak lapar so aku jalan jalan cari makan dengan atyn di arau . dah beli lauk favourite-ikan keliii :) then sebelum balik rumah , singgah sebentar di pasar pagi , tengok tengok kuih yang ada. habis RM10 kat situ.

Sampai di rumah. baru teringat
Alamak, handphone silent , cepat cepat check hp tengok kalau ada SMS dari mista lova lova.
tapi ada missed called dari Maksu dengan Ayah .
Pelik
ada satu SMS dari ayah

aku baca sekali
tak percaya
aku baca lagi
aku terkedu
aku sebak
aku terduduk
aku rasa sesak nafas
aku rasa pipi basah

"emma kat mana , tok cah dah tak ada" -sms ayah

innalillah..

********************

Jam 2.30 pm , lepas solat jumaat aku sampai kat rumah , maksu datang ambik.
lepas letak beg kat rumah , cepat cepat aku ke rumah MakCik sebab jenazah ada kat sana . tak sempat jumpa mak , tak sempat jumpa ayah , tak sempat jumpa yang lain , tak sabar sangat aku nak jumpa tok.
masuk rumah makcik, ada ramai sangat orang. nampak saja jenazah arwah , terus aku terpa.
ada kain putih tutup wajah arwah , aku angkat tapi tak mampu angkat habis,
aku tatap wajah arwah , cantik , macam dia tengah tidur , comel
Ya Tuhan , sebak sangat aku rasa. tak peduli mata yang memandang , aku teresak di situ .
agak lama , sampai aku rasa tenang.

perlahan aku buka surah yassin , aku baca .
masa tu air mata rasa murah sangat . susah nak berhenti mengalir
bila dikafankan , aku cium arwah , dia wangi , dia sejuk
lagi sekali aku teresak.

********************
bila diingatkan kembali , banyak sangat kenangan aku dengan arwah
banyak juga salah aku dengan arwah , dan aku tak sempat nak minta maaf

terkilan